2017-01-14 and 15 Celeb Birthday Atuk E Gold Cost Melaka
Salam, 2017-01-14 and 15 Celeb Birthday Atuk E Gold Cost Melaka Yang Ke 73 Tahun. Tahun nie istimewa sikit kita org adik-beradik plan and booking awal-awal projek Celeb Birthday Atuk E Yang ke 73. Lokasi: Gold Cost Melaka. Type: Apartment 3 bilik x 2 unit. Sponsor: a. Apartment ~ Along and Hafiz. b. Tshirt ~ Hafiz. c. Makan tgh hari ~ Abg Anip. d. Minum petang kuih keria antarabangsa n coconut shake ~ Kay n Reza. e. Dinner ikan bakar ~ Nana. f. Cruise Melaka ~ Atuk (nak sgt belanja...hihi). g. Makan tgh hr di Nasi Arab Damsyik Senawang ~ Atuk (nie pun nak sgt belanja...hihi). Doakan abah sihat selalu dan dilimpahi rezeki...Ameen. Rating pengalaman hotel bagi aku ekk: 7.5/10. Pengalaman sendiri: Booking apartment 3 bilik so memang luas, aircond ada bilik yang tak berapa sejuk tapi boleh laaa, tak jauh pun daripada Tol Air Keroh pakai waze je confirm sampai, makanan agak kureng sikit sebab lambat refill. Water park plak memang terbaik siap ngan atuk sekali la...