Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day 1 ~ Berangkat Ke Madinah Munawwarah.

Salam,

29 Nov 2018.

Tanggal 29 Nov 2018 nie kami sekeluarga bersama jemaah seramai 39 orang akan berangkat ke Madinah. Memang rasa macam mimpi, tapi ini lah realiti.

Suasana kat rumah pun dah start adegan air mata.....sobsobsob



Alhamdullilah ramai pulak yang mengantar kami sekeluarga ke KLIA. Flight pukul 2.30ptg so dalam 10.30pagi kami sudah mesti berada di KLIA untuk check in bag. Punya lah ramai jemaah daripada pelbagai travel agent yang pergi sampaikan trolley pun tak boleh masuk ke tolak satu-satu beg untuk bagi staff WS di Kaunter K7 Aras 5. Dengar kata, hari ni adalah hari paling ramai Jemaah hendak buat Umrah. Memang padat.

Flight direct to Madinah SV 3833 bertolak pukul 2.30ptg dah sampai pukul 6.00ptg waktu Madinah.



Settel bagi beg pada staff WS kitaorang di beritahu untuk berkumpul pada pukul 12.00tgh untuk sessi taklimat dah serahan passport bersama visa. So semua decide lepak kat KFC since Mcd penuh amat. So lepak KFC dulu.

Keluar blah PJ, keluar blah Ampang, Pak Long, Ann & Fiza dan keluarga, Pak Lang Aris. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang hadir. Ada yang ambil cuti semata-mata untuk mengantar kami. Rasa bersalah plak tapi ini keluarga kami. Luv u all.








Tempat pukul 12 terus ke sessi taklimat oleh stadd WS.












Selepas taklimat dan serahan passport kami diarahkan untuk terus masuk ke dalam then sembahyang jamak terus ke tempat menunggu. Sini agak kelangkabut juga dengan jemaah nak sembahyang ramai then tempat Gate menunggu tu pun agak jauh tapi semua alhamdullilah semua lancar. So terus lepak kat dalam gate menunggu.

Apa lagi sementara nak masuk bermula adegan air mata kembali sampai....hihi

 










Alhamdullilah lebih kurang 8 jam lebih duk dalam pesawat sampai ke Airport Madinah. Cantik Airport Madinah nie. Jam 7.30ptg waktu di Madinah bila kami sampai ke kaunter Immgresin Madinah nie, que up memang panjang tapi dalam masa 45 minit settel. Ada orang cakap masa que up kat sini memang lama, ada yang sampai 3 jam. Alhamdullilah group kami semua dipermudahkan. Nak keluar daripada situ pun bila tengok passport Malaysia semua kasi lepas.

















Sampai di Rove hotel tersedia makan malam, perut memang lapar apa lagi......hihi.

Nie keadaan dalam Rove hotel bilik kitaorang, 3 katil dan amat selesa. Pemandangan belakang hotel. Alhamdullilah selesa.



Waktu Solat Di Madinah Isyak 7.04 malam.











Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  0 ~ Day Before Departure To Madinah Munawwarah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  1 ~ Berangkat Ke Madinah Munawwarah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  2 ~ Pertama Kali Jejak Kaki Di Masjid Nabawi Dan Ziarah Dalam Kota Madinah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  3 ~ Ziarah Luar Kota Madinah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  4-1 ~ Pagi Terakhir Di Madinah Sebelum Berangkat Ke Mekah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  4-2 ~ Berangkat Ke Mekah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  5 ~ Free and Easy Day Sekitar Masjidil Haram.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  6 ~ Terokai Sirah Rasulullah SAW Di Bumi Thaif (Lawatan Tambahan) Dan Aktiviti Malam Hari Di Kaabah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  7 ~ Ziarah Luar Kota Mekkah Al Mukarrahmah Dan Umrah Ke 2.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  8-1 ~ Ziarah Hudaibiyyah Dan Umrah Ke 3.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  8-2 ~ Naik Jabal Nur Dan Gua Hira.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  9 ~ Solat Jumaat Di Masjidil Haram Dan Tawaf Sunat Sebelah Malam Bersama Puan Zura.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  10 ~ Free And Easy Day Tawaf Sunat, Bergambar Dan Melontar Duit.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  11 ~ Last Day Di Mekah Dan Sayu. Selamat Tinggal Mekah Dan Kita Jumpa Lagi Nanti.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  12 ~ Hari Terakhir Dan Selamat Kembali Ke Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

2017-03-19 Legoland Water Park

Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation