2017-11-06 Birthday Mak And Lepak King @ Hotel Royal Chulan KL
Salam, Sempena menyambut birthday mak.....kitaorg lepak king kat Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur . Book 4 bilik untuk 4 family but family along je tak da hantar wakil Nana je...:) Jenuh plan adik beradik, kejap macam nie kejap macam tu. Plan makan malam pun macam tu juga, kejap makan kat luar last-last makan kat hotel je terus senang...hihi Rating pengalaman hotel bagi aku ekk: 9.5/10. Pengalaman sendiri: Memang sangat-sangat selesa, sangat-sangat luar, view luar boleh nampak Pavillion, walking distance je kalau nak ke Pavi (mmg kitaorg lepas maghrib dating berdua ke Pavi pakai selipar jepun je..hihi), kolam besar (ada 3 kolam ~ 2 untuk child + 1 adult), makanan sedap breakfest and dinner buffet keliling lauk pauk, wifi, Gym and staff semua mesra alam. Memang level 5 star untuk semua service dieorg. Terbaik dengan harga.