Salam, Sempena cuti CNY nie, aku n Puan Zura dah decide malas nak travel holiday jauh-jauh sebab dah faham sangat traffic jammed macam mana. Pernah dulu sekali p Penang masa CNY balik dari Penang kena berbelas jam.....hahaha. So untuk CNY 2019 kita pi dekat-dekat je then Atuk E boleh datang join, minggu sebelum tu survey last minute dekat Cik Agoda hotel pilihan kali ini di Eastin Hotel Petaling Jaya. Aku ambik bilik besar sikit takut-takut ada family members nak join. Eastin Hotel Petaling Jaya. Executive Deluxe King Rating pengalaman hotel bagi aku ekk: 8.5/10.0 Pengalaman sendiri: Bilik memang terbaik Executive Deluxe King. Luas dan besar. TV ada 2 satu untuk katil then satu lagi untuk ruang tamu dia. So nasib baik ada 2 TV satu tu Puan Zura and Sasa nak tengok AJL aku plak dengan Abang Danial nak tengok MU lawan so tak da lah gaduh then kena p lepak mamak....hihi Memang tak ramai orang pun kat hotel mungkin semua balik kampung. Cuma ada satu group tetiba ramai dtg mung