Salam, 2018-07-29 Settel Pagar Rumah Kampung Depan Next Project Piping And Tanam Pokok. Nie semua bahana Encik Babi asyik masuk korek tanah, habis luka semua anak pokok. Alhamdullilah settel pagar. Boleh cabut pokok pokok yang tak berapa nak menjadi replace dengan pokok-pokok pilihan. Plan pokok durian, kantan, nangka dan cempedak.
Salam Semua, Kenangan terindah buat kami sekeluarga Umrah 2018. Sharing nie bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi hanya dibuat untuk kenangan kami sekeluarga dan panduan bagi jemaah-jemaah umrah pada masa akan datang. Memang dah lama rancang untuk buat Umrah, dekat 3 tahun rancang tapi ada saja halangan. Betul kata Ustaz-Ustaz selagi kita tak dapat jemputan KHAS dari Allah untuk ke Rumah Nya selagi itu kita tak akan sampai, Mungkin ada rancangan Allah yang terbaik buat kita. Alhamdullilah. Dengan hati yang bersemangat dan setelah kami survey beberapa Travel Agent Umrah, semuanya ada kelebihan masing-masing. Ada yang dekat, ada yang murah, ada yang banyak aktiviti dan ada yang santai terpulang kepada kita untuk memilih. Kami sekeluarga memilih WIRA SAUJANA yang beroperasi asalnya di area Batu Caves kemudian berpindah ke B-2-16, Boulevard Business Park, No 115, Jalan Kepayang Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur. Boleh follow FB: FB Wira Saujana Pada ...
Salam, Salam semua warga GKL, saya wakil kepada organizer "Kejohanan Futsal GKL 2014" ingin mengucapkan berbanyak terima kasih yang tak terhingga atas pertolongan dari segi tenaga, minyak, masa dan wang ringgit anda bagi menjayakan Kejohanan ini. Diharapkan pada masa akan datang kita dapat bergabung tenaga lagi bagi mengendalikan pelbagai aktiviti sukan untuk warga GKL. Sekian terima kasih. Keputusan akhir: Juara Lelaki: QZ Rampage 1. Juara Wanita: Mentel Loo (PX). Syabas kepada pasukan yang telah menjadi juara, yang kalah boleh berlatih dari sekarang. Jumpa lagi tahun depan. Hanya sebahagian gambar sahaja, nanti bila dapat full akan upload lagi :)
Comments
Post a Comment