2017-09-23 Rehatkan Kepala Bersama Family Ampang Di Erya By Suria Hot Spring Bentong
Salam, 23 Sept 2017 semalam je layan dan rehat kan kepala bersama keluarga Di Erya By Suria Hot Spring Bentong . Lokasi tak jauh pun dari rumah Ampang dalam 50 minit je. Aku booking pun 3 minggu lepas tu pun slot minggu nie je ada kosong yang lain full book sampai bulan Nov. Tak pernah pun pergi hot spring nie, nie first time sebab nak rasa. So lepas survey2 kat blog-blog orang aku booking Villa yang ada Jakuzzi called "Jakuzzi Villa". Aku book dengan FIL and MIL sekali. Booking dua villa terus, sesekali bawak diaorg rehat. Meriah sikit ramai orang. Pagi aku gerak dari rumah dalam pukul 11pg, wife ajak semua makan tenghhari kat "Rasa Omak Den" Melawati. Then lepas makan singgah office wife kejap, so nie first time Abah n Mak pergi office anaknya. Terus shoot pergi Hot Spring Bentong dalam 50 minit sahaja. Sampai check in lepak cafe bedal welcome drink. Dalam 20min dah boleh check in masuk. Lepas sembahyang semua budak2 dah mengelabah nak mandi kat Jakuzzi ...