2018-08-22 Korban Keluarga 2018 Di Tanjung Belanja, Perak (Day 1: Berkebun)

Salam,

Dengan rahmat Allah Hari Raya Korban tahun nie kita sambut di Kampung Tajung Belanja. Rancangan tumbangkan sekor lembu tahun nie. Cerita and details akan aku masukkan dalam Day 2 nanti.

Hari ni aku nak cerita dan update pasal kebun belakang rumah. Lepas je sembahyang raya terus tukar baju duk belakan sampai tengahhari. Aku korek 5 lubang untuk tanam anak pokok durian. Aku siap-siap letak ERP dengan Zeolite dalam lobang. Campur sikit tanah hitam kasi berbukit sikit.

 

 




 Settel korek lobang aku pergi cari kedai Otai Durian "Rare" kat Sungai Koroh, 5 minit je Nursery pak cik Ramli tuan punya Nursery Seminggu. Korang boleh cari kat dalam FB A&R Nursery. Kalau nak cari anak pokok durian Siam and Indonesia boleh cari Pak Cik nie. Memang Otai.

Hari tu aku beli:
a. 1 pokok durian Puangmanee.
b. 1 pokok durian Nok Kracip.
c. 3 pokok durian Telur Buaya.

Disebabkan sekampung dapat  merasa discout byk juga daripada pak cik Ramli nie....hihi.

Thank you pak cik.




Operasi menanam bermula aku campur sikit dgn tanah hitam. ERP and Zeolite aku dah awal-awal letak. Disebabkan pokok nie kecik lagi kasi kurung sikit elak matahari direct. Then aku buat piping sikit untuk semua pokok2 nie. Setting timer 2 kali sehari setiap hari selama 6 min sebab banyak pokok lain sekali. 2 kali (7.30pagi sampai 7.36pagi dan 6.30ptg sampai 6.36ptg).
 






 









Alhamdullilah selesai juga, so next day focus untuk korban pulak.

Comments

Popular posts from this blog

2017-03-19 Legoland Water Park

Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation