2017-03-19 Legoland Water Park

Salam,

Day 2 ke Legoland Water Park. Lepas breakfest jek terus ke water park aku sampai dalam kul 9.10pg dan gate bukak dalam pukul 9.30pg terus Q up untuk masuk. Masuk je terus ke kaunter untuk sewa Cabana since Puan Zura nak Gazebo untuk budak2 rehat..makan...solat. So aku terus book satu gazebo depan wave water pool. Bagi aku kalau ada extra duit then plan nak beli gift pastu ada budak kecik berbaloi ambik satu gazebo aircond type. Sebab apa dengan cost RM480 kita boleh dapat gazebo tinted hitam so orang tak boleh berapa nampak (kalau cover dgn langsir mmg langsung tak nampak dalam with air cond + ada 2 kerusi malas + 2 kerusi x malas + 4 towel legoland (Rasa dalam RM39 each total RM156) + 2 bottel air legoland ( RM39.90 each total RM79.80) + 4 key chain (RM 99.60) + 12 perbagai air bottel (coke,sprike,air kelapa dan mineral RM79.80) + Peti ais + WIFI x2 (RM20) + safe box (so tak yah sewa storage).... Amat sesuai untuk kalau bawak baby. Next plan kalau ada rezeki lebih leh ajak family ampang pergi legoland insyaallah.

So tak payah nak beli souvenir untuk budak2 nie. So worth it juga cover dalam RM415 ++  untuk barang yang boleh bawak balik. So sesiapa nak sewa boleh ke kaunter blah kanan.

Kali nie pun tak berapa ramai since hari ahad then cuti sekolah pulak (Org kat Johor kerja rasanye) so banyak games Danial and Sasa leh main ulang-ulang sebab kejap je Q.

Bawah nie nasihat2 yang boleh diguna pakai kalau korang nak pergi kat Legoland Water Park pulak...tu pun kalau korang nak lerrr....
1. Pergi awal pagi untuk sesiapa yang beli tiket kat kaunter sebab leh sewa gazebo (1st come 1st serve) atau pun pergi awal leh ambik kerusi malas depan wave water pool letak jek barang atas tu pun OK jek...yang barang mahal leh letak kat storage sewa tu.
2. Sama je macam water park bawa jek makanan bungkus and air botol sebab tak berapa nak check pun. Makanan kat dalam almaklumla memang agak mahal. Tapi kalau nak makan dalam pun OK je budget srg dalam RM30 tu belum bdk2 tu nampak botol air legoland dalam RM29 rasanye. Time aku hari tu masuk memang x check.
3. Better pergi satu park untuk satu hari.
4. Parking RM10 per day.















































Comments

Popular posts from this blog

Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation