2017-03-19 Sanrio Hello Kitty Town And Thomas Town

Salam,

Day 3 satu hari ke Sanrio Hello Kitty Town And Thomas Town di Puteri Harbour Johor dekat je dengan legoland dalam 10 min jek. Yang paling seronok adalah si Marissa sebab hello kitty.

Sanrio Hello Kitty Town And Thomas Town tiket masuk agak mahal gak untuk all park RM125 untuk adult dan child juga so 4 orang dah RM500 untuk masuk sahaja. Tempat ada 3 floor...satu floor untuk Hello Kitty sahaja, floor kedua untuk Barney dan Bob Builder and last floor dia Thomas Town.

1. 1st floor Hello Kitty ~ ada few games yang ada tapi sekali main sahaja sebab bercop contoh buat cookies hello kitty, buat badges dan mcm2 lagi ler. Then check masa live show rasa ada 2 atau 3 kali kot.
2. 2nd floor Barney and Bob Builder ~ ada live show check masa show tu dan ada beberapa tempat permainan.
3. 3rd floor Thomas Town ~ semua jenis permainan Thomas.

Macam biasa orang tak ramai juga...hihi...nasib memang baik so main sampai lebam dari pukul 10pg kita orang sampai then dekat pukul 6ptg baru kita org keluar dari Hello Kitty nie.

Makanan tak banyak pilihan, boleh je bawak makanan dari rumah atau beli dari luar. Masa masuk hari tu ada polis bantuan je cheak tapi bukan nak check makanan just mungkin benda lain kot. Dekat area luar bangunan nampak hanya ada Kenny Rogers je...so tgh hr bedal Kenny Roges jek pas tu sambung balik main.

Balik daripada Hello Kitty nie terus pergi rumah Mak Su Johor Puan Zura lepak then sembahyang Maghrib kat sana sekali.

Bawah nie nasihat2 yang boleh diguna pakai kalau korang nak pergi kat Hello Kitty And Thomas Town pulak...tu pun kalau korang nak lerrr....
1. Floor hello kitty kena Q untuk masuk so datang awal leh relax relax buat games dia. Tapi sekali main jek...yang lain boleh ulang-ulang main.
2. Sama je macam Legoland bawa jek makanan bungkus and air botol sebab tak berapa nak check pun. Makanan kat dalam almaklumla memang agak mahal. Tapi kalau nak makan dalam pun OK je budget srg dalam RM30. Kita orang makan kat luar bangunan tu ada Kenny Roges. Kat dalam ada banyak table untuk duduk dan makan sementara tunggu budak2 main leh lepak jek.
3. Parking Free.









































































































Comments

Popular posts from this blog

2017-03-19 Legoland Water Park

Jahanam israel.....!!!!!!

Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation