Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation

Salam Semua,

Kenangan terindah buat kami sekeluarga Umrah 2018.

Sharing nie bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi hanya dibuat untuk kenangan kami sekeluarga dan panduan bagi jemaah-jemaah umrah pada masa akan datang.

Memang dah lama rancang untuk buat Umrah, dekat 3 tahun rancang tapi ada saja halangan. Betul kata Ustaz-Ustaz selagi kita tak dapat jemputan KHAS dari Allah untuk ke Rumah Nya selagi itu kita tak akan sampai, Mungkin ada rancangan Allah yang terbaik buat kita.

Alhamdullilah.

Dengan hati yang bersemangat dan setelah kami survey beberapa Travel Agent Umrah, semuanya ada kelebihan masing-masing. Ada yang dekat, ada yang murah, ada yang banyak aktiviti dan ada yang santai terpulang kepada kita untuk memilih.

Kami sekeluarga memilih WIRA SAUJANA yang beroperasi asalnya di area Batu Caves kemudian berpindah ke B-2-16, Boulevard Business Park, No 115, Jalan Kepayang Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Boleh follow FB: FB Wira Saujana 

 
Pada 4 Aug 2018 kami sekeluarga ke office lama Wira Saujana di Batu Caves. Pegawai WS yang kami deal dengan Puan Aziera. Alhamdullilah penerangan secara details telah diberikan, kemudian kami membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM500 x 4 orang: RM2,000. Request kami hanya nak 2 kali Jumaat, satu Jumaat di Madinah dan satu Jumaat di Mekah, then dekat disebabkan ada bawa kanak-kanak dan fullboard. Dan WS bagi date yang paling sesuai pada 29 Nov 2018 ~ 10 Dec 2018. Pakej Umrah Fullboard dan bilik yang kami ambil adalah bilik bertiga seorang kanak-kanak tiada katil.

Hotel yang diberi:
Madinah: Rove Al Madinah 130 meter ke pintu 25 Masjid Nabawi Raudah Wanita.
Mekah: Le Meridien 120 meter jalan landai ke Masjidil Haram.
 

Setelah selesai register dengan WS, kami dapat free gift daripada WS.Macam-macam dapat antaranya beg tarik untuk hand luggage, satu set ihram untuk lelaki, satu set telekung untuk perempuan, beg selempang, uncang seliper, beg tangan, air zam-zam (diberi masa balik nanti), minyak atar Raudah (diberi masa balik nanti) dan buku panduan. Tak da pulak gambar beg nanti aku update. So kami ada lebih kurang 3 bulan sebelum ke tanah suci Mekah. Banyak benda nak kena prepared dalam masa 2 bulan nie. Antaranya:


a. 9 Aug 2018 aku pergi buat cop semua document sijil lahir anak, mykids dan IC di Pejabat Pendaftaran Negara di Melawati then sijil Nikah di Pejabat Agama Shah Alam tingkat 4 Bahagian Undang-Undang Keluarga. Settel urusan document. Cuma satu items tak boleh nak settel sebab document-document nie kena submit ke Wisma Putra Putrajaya, yang nie aku tak sempat nak buat, minta tolong Aziera WS tolong submitkan tapi kena bagi awal kepada WS untuk urusan Wisma Putra. Alhamdullilah settel.




b. 11 Aug 2018 Sabtu, kami sekeluarga ke Jabatan Imigresen Kelana Jaya untuk buat passport. Kenapa kitaorang pergi sini sebab dia buka pada hari Sabtu. Sampai sana dalam pulul 7.45 pagi tengok orang dah que panjang...hihi...dapat no. 1067 daripada no. 1004 layankan je lah......lalalala Fee dia, dewasa RM200 dan untuk kanak-kanak RM100 so total up RM600 untuk kami sekeluarga. Sila make sure semua document mesti ada salinan yea.

Settel untuk urusan passport.
 
 
  



c. 1 Sept 2018 kitaorang pergi cucuk 'Meningococcal Meningitis Quadrivalent (ACYW135). Satu suntikan valid untuk 3 tahun. Kami buat di Klinik Kita Desa Pandan dengan harga RM150 untuk satu suntikan so x 4 org jadi RM600. Done untuk suntikan. Lepas aku kena cucuk ACYW135 nie next day aku terus demam...mungkin terkejut kot sebab kena cucuk...huhuhu alhamdullilah Puan Zura, Danial and Sasa semua ok.
 



d. Start bulan Sept sampai hari kami nak berlepas, ini adalah hari-hari untuk beli barang-barang keperluan. Bawah ni adalah senarai-senarai yang kami bawa, Alhamdullilah ada yang kami bawa memang pakai di Tanah Haram.

1. Ihram 2 set dan tali pinggang.

2. Jubah + Baju Melayu + Pakaian untuk di Madinah & Mekah. Baju aku memang hanya sampai had Madinah dan Mekah few days sahaja. Memang kena beli jubah kat Mekah untuk daily pakai.

Untuk beli pakaian dan alatan Umrah ada few tempat yang boleh aku suggest.
i. Haqqi.
ii. Andalusia.
iii. Tingkat 4 (kalau tak salah) Kenanga City Mall.
iv. Ada satu kedai area Bangi belakang Tabung Haji Bangi. Nama kedai aku dah lupa. * Nie recomended untuk Jubah amat murah kalau compare dengan kedai yang atas-atas nie mungkin perbezaan quality kot. Tapi bagi aku ok je.

3. Set Ubat Klinik untuk dewasa (demam, batuk, selsema).

4. Set Ubat Klinik untuk kanak-kanak (demam, batuk, selsema, tahan muntah, sakit perut).

5. Ubat farmasi (eye drop, gasterik gaviscon, spray resdung nasonex, penadol, cool fever, handyplast, ubat sakit tekak difflam/stripsil, vitamin C, spray ventolin inhaler untuk sasa, vaseline lip balm, lotion tangan & tapak kaki, salonpas, minyak cap kapak, tisu kering poket, tisu basah poket, dettol hand sanitizer dan ubat sakit gigi).
** Nampak banyakkan tapi ini semua penting kalau emergency case sahaja, so far alhamdulliah tiada yang berat2 Allah berikan dugaan kepada kami, cuma pening kepala sebab terlalu lama kena cahaya matahari aku and anak-anak aku. Farmasi memang ada tapi harganya mahal apa yang orang lain cakap lar tapi aku tak da plak check harga di Farmasi sini. Cuma farmasi memang dekat, sebelah block sahaja. Lotion tapak kaki tu penting sebab aku nie jenis pemalas nak sapu-sapu ubat 2 hari terakhir tapak kaki aku dah start pecah, tapi alhamdullilah still boleh pijak lagi then baru terhegeh-hegeh nak sapu ubat, better daily sebelum tidur sapu.

5. Others ubat (minyak gamat, minyak choicuwit).

6. Serunding daging/ayam (nasib baik mak aku bagi sebagai penambah selera makan di hotel)**

7. Mask cover (tak pakai).

8. Hanger.**

9. Shaver.**

10. Debu tayamum, sabun ihram, deodorent ihram (tak pakai).

11. Kunci beg.**

12. Selipar** and towel.  (Beli di Decathlon untuk towel sebab cepat dry dan nipis tapi tak pakai sebab hotel provide then selipar pun sama lembut & ringan dan selesa nie memang hardly user).

13. Minuman 3 in 1 (milo dan nestum).**


Then pada 22 Sept 2018 sekali lagi kami pergi ke Pejabat Wira Saujana yang baru di Jalan Kuching untuk selesaikan beberapa pekara dengan Pegawai WS dan untuk submit semua document-document yang berkaitan. Alhamdullilah semua document telah disubmit untuk Visa Application, semua telah diselesaikan dan 2nd payment aku buat pada 23 Sept 2018 secara online. So untuk balance bayaran terakhir dan penuh aku juga buat bayaran secara online pada 23 Oct 2018. So selesai sudah semua document serta pembayaran untuk Umrah aku dan keluarga. Sekarang urusan untuk pergi Kursus pulak. Yang nie amat penting. Kitaorang bukan hanya pergi Kursus yang di anjurkan oleh WS sahaja, kursus dibuat oleh Andalusia di Desa Pandan pun kitaorang pergi. Almaklum lah nie pertama kali buat aku dan anak-anak, cuma wife saja ada pengalaman pergi tapi 25 tahun dulu. Lagi banyak pergi lagi banyak ilmu.
 





 


Bawah nie adalah Jadual Perjalanan Umrah kami.









Pada 20 Oct 2018 Kursus Umrah Perdana Anjuran Wira Saujana Oleh Taklimat dan praktikal ibadah telah disampaikan oleh Datuk Ustaz Hj Kamal Muhammad, Mantan Pengurus Besar Tabung Haji. Manakala taklimat pengurusan disampaikan oleh Tn Hj Mohamad Adzri Othman selaku Pengarah Eksekutif syarikat di Masjid Jamek Al Amaniah Batu Caves.


Gambar Daripada FB Wira Saujana: Photo From FB WS Kursus Umrah Perdana











Pada 4 Nov 2018 Kursus Umrah Anjuran Andalusia di Wisma Andalusia Desa Pandan Oleh Ustaz Dato' Hj Mohd Daud Bin Che Ngah, mantan Pengurus Besar Lembaga Urusan Tabung Haji Malaysia






Sementara menunggu hari ada preparation secara fisical dan rohani. Macam biasa kita semua sedia maklum buat Umrah perlu ada tenaga banyak dan fisikal berjalan yang kerap. Untuk itu ada juga lah kami sekeluarga berjalan di Taman-Taman di sekitar KL tapi tak lah jauh sangat dalam 3km to 5km itu pun jenuh paksa dengan budak-budak nie....hihihi

Dan yang rohani start tgk Youtube Panduan Ibadah Umrah ringkas dan mudah oleh Ustaz Shamsuri Haji Ahmad. Alhamdullilah Danial dan Marissa dapat hafal ibadah umrah apa yang di ajar oleh Ustaz Shamsuri nie. Then budak2 nie paksa rela kan sekali solat Subuh kat Masjid....hihihi



Link Youtube: Panduan Ibadah Umrah Ringkas dan Mudah - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


So tunggu 29 Nov 2018 untuk berangkat.

Bersambung....:)

Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  0 ~ Day Before Departure To Madinah Munawwarah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  1 ~ Berangkat Ke Madinah Munawwarah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  2 ~ Pertama Kali Jejak Kaki Di Masjid Nabawi Dan Ziarah Dalam Kota Madinah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  3 ~ Ziarah Luar Kota Madinah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  4-1 ~ Pagi Terakhir Di Madinah Sebelum Berangkat Ke Mekah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  4-2 ~ Berangkat Ke Mekah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  5 ~ Free and Easy Day Sekitar Masjidil Haram.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  6 ~ Terokai Sirah Rasulullah SAW Di Bumi Thaif (Lawatan Tambahan) Dan Aktiviti Malam Hari Di Kaabah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  7 ~ Ziarah Luar Kota Mekkah Al Mukarrahmah Dan Umrah Ke 2.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  8-1 ~ Ziarah Hudaibiyyah Dan Umrah Ke 3.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  8-2 ~ Naik Jabal Nur Dan Gua Hira.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  9 ~ Solat Jumaat Di Masjidil Haram Dan Tawaf Sunat Sebelah Malam Bersama Puan Zura.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  10 ~ Free And Easy Day Tawaf Sunat, Bergambar Dan Melontar Duit.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  11 ~ Last Day Di Mekah Dan Sayu. Selamat Tinggal Mekah Dan Kita Jumpa Lagi Nanti.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  12 ~ Hari Terakhir Dan Selamat Kembali Ke Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

2017-03-19 Legoland Water Park