Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day 2 ~ Pertama Kali Jejak Kaki Di Masjid Nabawi Dan Ziarah Dalam Kota Madinah.

Salam,

30 Nov 2018.

Alhamdullilah.

Allahuakhbar.

Indah sungguh Masjid Nabawi, besar luas, cantik. Subuh pertama di hari Jumaat bagi kami di Masjid Nabawi. Masjid kedua yang di bina oleh Nabi Muhammad SAW selepas Masjid Quba.

Baca research sebelum pergi berkenaan dengan Masjid Nabawi dan korang boleh bayangkan betapa besar Masjid nie. Masjid nie dengar cerita boleh tempatkan 2 juta jemaah dalam satu masa, halamannya sahaja boleh muatkan 400 ribu jemaah. So korang please make sure pintu mana korang masuk then pintu itu korang keluar, kalau tak boleh sesat untuk pertama kali sampai. Tapi bagi aku Masjid Nabawi kalau sesat korang boleh tawaf je keliling masjid nie, tak da masalah terus cari nombor pintu kat luar masjid. Cume penat je. Kalau dah biasa tu masuk pintu nie short cut ke pintu lain. Nie yang biasa aku and anak aku buat, masuk pintu 21 keluar ke pintu dekat Pintu Rahmah untuk pergi Pintu Babus Salam.

Hari nie aku dapat 2 kali ke Raudhah.

'Raudhah' yang dimaksudkan kat sini lokasi yang ada dalam Masjid Nabawi, penandanya adalah karpet yang berwarna hijau lembut yang sangat cantik dan unik. Raudhah juga di sebut Taman Syurga. berdasarkan pada hadis Nabi SAW : “Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”.

Satu selepas Asar dan satu lagi dalam pukul 9.00mlm bersama jemaah lelaki yang lain. Wanita pula 9.00 malam tak dapat masuk sebab banjir katanya. Malam tu hujan rahmat dari Allah turun. Sejuk je Madinah. Nanti aku share details kat bawah.

Balik solat subuh terus brekfest. Then hari nie juga ada aktiviti Ziarah Dalam (Sekitar Masjid Nabawi).










Settel brekfest semua jemaah kena berkumpul di Lobi Hotel pada pukul 8.00 pagi. Ada buat ziarah sekitar Masjid Nabawi dan penerangan daripada Mutawif berkenaan sejarah-sejarah di sekitar Masjid Nabawi dan Rumah Nabi.


















 Sekitar pasar dekat Masjid Nabawi, nie bukan tapak asal Pasar Masjid Nabawi. Depan sikit daripada Sokaifat Bani Saedah tu baru tapak asal Pasar Masjid Nabawi. Ada juga sejarah di pasar tersebut nanti aku ceritakan.







Kemudian jemaah bergerak ke Sakaifat Bani Saedah. Ada cerita sedikit dengan Taman Sakaifat Bani Saedah. 

Sokaifat Bani Saedah nie ada lah satu tempat yang mana perbincangan telah dilakukan untuk melantik seorang Khalifah setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Ada cerita panjang daripadanya dan Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra telah dilantik sebagai Khalifah pertama.

Tempat ini dengar cerita akan dibangunkan pada masa akan datang untuk dibuat bangunan.






Seterusnya kami ke area tapak asal Pasar Madinah. Di Pasar Madinah ini ada satu cerita Sahabat Nabi yang bergitu menyentuh hati berkenaan dengan Saidina Julaybib r.a. Korang boleh goggel sendiri berkenaan dengan sahabat nabi ini.

Boleh juga baca di link sahabat ini: Kisah Sahabat Nabi Saidina Julaybib r.a.











Masjid Awan.



Then kami terus di bawa ke Babus Salam untuk ucap kan Salam Ke Atas Nabi Muhammad SAW. Alhamdullilah salam dari kami sekeluarga, salam dari saudara mara dan salam daripada sahabat-sahabat telah aku sampaikan.



















Setelah selesai ke Makam Rasullullah SAW jemaah semua terus ke Perkuburan Baqi' atau dinamakan Jannatul Baqi', yang mana tempat ini lah ditempatkan maqam isteri-isteri Nabi SAW (dua isteri Nabi SAW tidak dimakamkan disini Khadijah dan Maimunah), Anak & Cucu Nabi SAW, keluarga dan sahabat-sahabat baginda SAW. Dan semasa di hari kebangkitan nanti selepas bangkitnya Nabi Muhammad SAW, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar akan seterusnya bankit semua penghuni di Perkuburan Baqi' ini dibelakang Nabi SAW. Mereka-mereka ini akan bersama Nabi SAW ke syurga tanpa diisab. Betapa beruntungnya sesiapa yang dapat meninggal dunia di Madinah dan dikebumikan di Perkuburan Baqi ini.





















Selesai sudah ziarah sekitar Masjid Nabawi, so semua ada yang pulang ke hotel dan ada yang terus ke Masjid untuk Solat Jumaat. Aku dan family ke hotel dahulu then baru ke Masjid Nabawi untuk solat Jumaat.

Indah sungguh solat Jumaat. Memang terlalu ramai jemaah yang datang. Kawasan luar masjid penuh melimpah dengan orang. Aku pergi dengan Danial then Puan Zura dengan Sasa so balik jumpa kat depan pintu 23 area jemaah perempuan solat Jumaat.









 


 Selesai solat Jumaat balik hotel untuk makan tengahhari sebelum jalan-jalan tengok kedai-kedai yang ada kat Kota Madinah nie sementara tunggu solat Asar pulak.

Cerita selepas Solat Asar alhamdullilah, pertama kali aku dan Danial dapat masuk Raudhah. Mula-mula tak tahu pulak macam mana cara nak masuk area Raudhah tu. Masuk je dalam Masjid Nabawi terus ke depan tengok polis still buka penghadang untuk masuk ke area depan tapak asal Masjid Nabawi. Selagi tak penuh depan tu polis tak akan tutup, syukur kitaorg dua dapat masuk. Then settel solat Asar then solat sunat jenazah orang dah start berebut ke area Raudah. So bertolak-tolak la kami untuk ke area depan. Alhamdullilah rezeki dipermudahkan dapat la berdiri dan berdoa area depan Mihrab Nabawi depan tiang Mukhallaqah (yang diceritakan ada pohon kurma menangis), jemaah terlalu ramai tak boleh nak buat sembahyang sunat kat area situ cuma dapat berdoa sahaja. Itu pun Syukur alhamdulillah buat kami, kita akan cuba malam nanti lagi sekali.Keluar terus berdepan dengan makam Nabi SAW.













Sebelah malam pulak, Muttawif bawa jemaah lelaki kami ke Raudhah. Alhamdullilah ke Raudhah lagi aku dan Danial. Ramai dan padat malam nie. Group by group masuk untuk solat didalam Raudhah. Raudhah lelaki buka 24 jam dan setiap group dberi masa 15 minit. Punya la kelangkabut semua. Alhamdullilah dapat aku dan Danial buat solat didalam Raudhah. Tapi aku terpaksa kepung Danial sebabtempat memang sempit tapi syukur dapat juga sujud di Raudhah. Jemaah Perempuan juga pergi tapi tidak dibenarkan masuk kerana banjir. Masa nie luar tengah hujan.











Alhamdullilah selesai aktiviti penuh untuk hari yang ke 2. Dari pagi sampai tengah malam. Semua Allah permudahkan. Puan Zura dan Sasa, tak dapat ke Raudhah malam nie tetapi Allah permudahkannya esok, nanti aku share cerita Raudhah Puan Zura lorong daripada Allah Dia permudahkan.

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
'Raudah' yang dimaksudkan disini adalah nama lokasi yang ada dalam Masjid Nabawi, yaitu antara Makam Rasul dan Mimbar, luasnya lebih kurang 144 meter persegi dan penandanya adalah karpet yang berwarna kuning kelabu dengan ukiran yang khas dan lantainya dilapisi permaidani lembut yang sangat cantik dan unik. Raudah juga disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis Nabi SAW

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub
'Raudah' yang dimaksudkan disini adalah nama lokasi yang ada dalam Masjid Nabawi, yaitu antara Makam Rasul dan Mimbar, luasnya lebih kurang 144 meter persegi dan penandanya adalah karpet yang berwarna kuning kelabu dengan ukiran yang khas dan lantainya dilapisi permaidani lembut yang sangat cantik dan unik. Raudah juga disebut “Taman Syurga” berdasarkan pada hadis Nabi SAW

Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  0 ~ Day Before Departure To Madinah Munawwarah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  1 ~ Berangkat Ke Madinah Munawwarah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  2 ~ Pertama Kali Jejak Kaki Di Masjid Nabawi Dan Ziarah Dalam Kota Madinah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  3 ~ Ziarah Luar Kota Madinah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  4-1 ~ Pagi Terakhir Di Madinah Sebelum Berangkat Ke Mekah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  4-2 ~ Berangkat Ke Mekah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  5 ~ Free and Easy Day Sekitar Masjidil Haram.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  6 ~ Terokai Sirah Rasulullah SAW Di Bumi Thaif (Lawatan Tambahan) Dan Aktiviti Malam Hari Di Kaabah.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  7 ~ Ziarah Luar Kota Mekkah Al Mukarrahmah Dan Umrah Ke 2.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  8-1 ~ Ziarah Hudaibiyyah Dan Umrah Ke 3.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  8-2 ~ Naik Jabal Nur Dan Gua Hira.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  9 ~ Solat Jumaat Di Masjidil Haram Dan Tawaf Sunat Sebelah Malam Bersama Puan Zura.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  10 ~ Free And Easy Day Tawaf Sunat, Bergambar Dan Melontar Duit.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  11 ~ Last Day Di Mekah Dan Sayu. Selamat Tinggal Mekah Dan Kita Jumpa Lagi Nanti.
Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day  12 ~ Hari Terakhir Dan Selamat Kembali Ke Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

2017-03-19 Legoland Water Park

Umrah Pertama Dan Bukan Terakhir ~ Day -1 ~ Register And Preparation